Jumaat, 6 Mac 2015

DEFINISI "BURN OUT "



Definisi:
Istilah "burnout" mula-mula diperkenalkan oleh Freudenberger (1974) yang menggambarkannya sebagai perasaan kegagalan dan kelesuan akibat tuntutan yang terlalu membebankan ke atas tenaga, sumber-sumber atau ketabahan seseorang.
Dalam erti kata yang lain, burnout boleh juga didefinisikan sebagai pilihan terakhir (akibat) apabila satu siri percubaan untuk menangani tekanan negatif, gagal mencapai matlamatnya (Farber, 1984).
Pines (1993), semua individu akan mengalami tekanan, tetapi burnout akan hanya dialami oleh individu yang memasuki bidang karier dengan harapan, matlamat, dedikasi, komitmen dan motivasi yang tinggi.
Maslach & Jackson (1981a,1981b) telah memperkembang konsep burnout dengan menerangkan bahawa sebenarnya terdapat tiga jenis (subskala) burnout.Ketiga-tiga jenis burnout itu ialah kelesuan emosi (emotional exhaustion), depersonalisasi (depersonalization) dan pencapaian peribadi (personal accomplishment).Mengikut Cordes dan Dougherty (1993), konsep Maslach dan Jackson ini merupakan definisi burnout yang paling banyak diterima oleh para pengkaji

0 ulasan:

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.

Popular Posts